Nuffnang

Friday, 3 April 2015

10 Tips Kewangan Keluarga Dari Zaid Mohamad Dan Azizi Ali

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Salam jumaat, moga kita semua diberi keampunan, rahmat dan keberkatan dalam menjalani urusan seharian kita pada hari ini.

Alhamdulillah, sudah masuk fasa kedua tahun 2015... April 2015. Permulaan bulan April, sana sini sibuk memperkatakan isu GST. Ya, 1 April 2015 pelaksanaan GST telahpun bermula. Suka ataupun tidak pelaksanaan ini, yang pasti ianya telah bermula dan terletak di tangan kita untuk melakukan yang terbaik dalam menangani isu GST ini.

Apa-apa pun, saya tertarik untuk kongsikan beberapa tips kewangan keluarga dari penulis-penulis bestsellers yang saya hormati dan kagumi. Penulis-penulis tersebut adalah Zaid Mohamad (Malaysia's #1 Parenting Coach) & Azizi Ali (#1 Millionaires Coach) dalam buku mereka "Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah". Saya perolehi tips ini daripada fanpage Tuan Zaid sendiri di sini: Zaid Mohamad

Sebagaiman Tuan Zaid katakan, daripada kita duduk risau dan komplen mengenai GST, jom kita sama-sama amalkan tips kewangan keluarga ini. Antara tipsnya adalah:- 

1. Niatkan dan kongsikan "tarikh luput" kpd setiap pembelian anda (eg. handphone, jam: 5 tahun, kereta:10 thn, perkahwinan: forever hihi)

2. Beli yg berkualiti walaupun mahal sedikit sbb kadangkala mahalnya 50% tapi boleh tahan lama 200%.

3. Isytiharkan perang ke atas pembaziran (makan sebelum lapar, membeli atas keperluan bukannya menunjuk2, jauhkan buffet hotel)


4. Lebih baik DIY (buat sendiri) dari membeli (birthday parti, hiasan rumah, belajarlah menjahit, beli barang servis kereta dari kedai spare parts bukannya workshop)

5. Shopping raya di bulan Muharram...ie 6-9 bulan lebih awal - boleh dapat baju melayu & kurung at 80% diskaun!

6. Selamatkan Bumi (& duit anda) dgn Mengurangkan, Mengguna-semula, Mengitar-semula & Menurunkan baju/mainan kpd adik2.

7. Berhati2 dgn kos tersembunyi spt interest kad kredit & ansuran.

8. Naiktaraf ILMU, bukannya kereta, TV atau handphone.

9. Cari jalan uutk bergembira tanpa wang - pergi piknik, makan di rumah, bermain dgn anak2, bersiar di sekitar taman perumahan.

10. Kereta tak perlu aksesori - tuannya dah cukup bergaya. Org lain tak hairan pun dgn sport rims baru anda. Yg excitednya ialah tokey kedai tayar.

CABARAN 30 HARI UTK JIMATKAN RM1,500 (atau lebih) SEBULAN:

1. Berhenti merokok! (Jimat RM300)

2. Minum kopi percuma di rumah/pejabat, bukannya di S******ks. (Jimat RM200)

3. Bersenam di taman, bukannya di gym berjenama (Jimat RM200)

4. Makan di food court bukannya di cafe (Jimat RM300)

5. Luangkan masa dgn keluarga, bukannya berhibur di luar (Jimat RM200).

6. Review balik kelas tuisyen anak2...ada yg boleh anda ajar sendiri (Jimat RM300).

Tapi... JANGAN SESEKALI BERHENTI BERSEDEKAH!!!...kerana ianya pembuka pintu rezeki yg lebih luas. Beri dahulu sebelum terima...berlapang dada, usahakan senyum, berbahagia dan sentiasa bersyukur dgn nikmatNya.

Selamat mencuba & KONGSI2KAN (sedekah ilmu)!!

Terima kasih Tuan Zaid Mohamad dan Tuan Azizi Ali! Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pendaftaran April 2015 untuk Kelas Akaun anjuran ‪Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)‬ telah dibuka.

1. Kelas Asas Akaun Secara ONLINE
Tarikh: 5 April 2015, Ahad/ 19 April 2015, Ahad
Masa: 9.30 pg - 12.30 tgh
Yuran: RM150 (untuk 2 modul)

Modul 1: Basic book keeping
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (min 6-10 pax)
Tarikh: 18 April 2015/ 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15 pg - 4.00 ptg
Lokasi: Putrajaya

Modul
1. Pengenalan book keeping dan accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entrepreneur
3. How to do record keeping?
4. Basic costing & pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & loss... ada untung @ rugi?
6. Case study (full set of book keeping)

Sms/watsap/telegram: 019.6627100
Email: wahmcorner@gmail.com
Pm di fb: WahmCorner atau yati.dbahri


3 comments:

  1. Suka tips jimat2 tu. Thanks sharing sis yati 😊

    ReplyDelete
  2. Suka tips jimat2 tu. Thanks sharing sis yati 😊

    ReplyDelete
  3. Welcome Sis Zaila ;-) Moga beri manfaat kepada kita semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG